Monday, November 17, 2008

Stok lembu korban..

Salam hormat semua. Disini saya updatekan gambar lembu untuk stok korban tahun ni. Ada lagi 8 ekor yang belum ditempah. Selainnya dah kena angkut pun. Hehehe. alhamdulillah syukur sebab dapat jugak jualkan untuk dijadikan korban.



Untuk 8 ekor lagi tu, kami buka harga untuk setiap ekor pada harga RM2500. Baka lembu-lembu ni terdiri dari baka brahman cross. Berat setiap ekor dianggarkan pada ~250kg. Jika ada sesiapa yang berhajat untuk terus borong kesemuanya, kami tawarkan harga RM19000 untuk 8 ekor tersebut. Apapun, seperti biasa, harga kami masih lagi boleh dirunding.



Sila hubungi Saiful 012-2846292 untuk sebarang urusan. Buat sementara waktu, Othman tidak dapat menguruskan kerana tahun ini beliau menjadi tetamu Allah. Semoga beliau mendapat Haji yang mabrur.

Tuesday, September 23, 2008

Lembu telah diborong - 10 ekor semuanya

Salam hormat

Hari sabtu lepas, lebih kurang dalam jam 11 pagi gitu, sebanyak 10 ekor lembu kami telah diborong oleh salah seorang otai lembu dari daerah Kuala Langat ni. Sedih gak tengok lembu-lembu tu naik lori pergi dari kandang kami ni. Tapi nak buat camna, memang tu dah tujuan ternak lembu ni kan. Kalo tak jual, mana nak dapat untungnya.

Setelah berbulan-bulan melepak kat kandang kami ni, akhirnya detik perpisahan tu tiba juga. Kami ada jugak ambik beberapa gambar tuk disimpan. Pasni mesti dah takleh jumpa lagi kan. Ishhh sensitif tul la. Dengan lembu pun kami sensitif tau.

Kat bawah ni ada diletakkan sikit gambar-gambar lembu yang dijual dan gambar semasa proses pemindahan lembu.









Ini la lembu-lembu yang dijual tu. Semua kelihatan sedih ja. Siap ada yang naik angin lagi tu nak tanduk kitorang semua.











Ni semasa proses nak naik ke lori. Punya la susah. Taknak naik geng-geng tu ke lori. Tapi dengan kepakaran otai tersebut, akhirnya naik jugak ke lori.





Dah siap pun naik ke lori. Punya la penat. Maklum la buat kerja-kerja ni time bulan puasa. Pastu lak, kami tak pengalaman. Tu yang penat semacam je tu.

Ni je la yang tinggal lagi kat kandang. Tinggal 4 ekor je. Tu pun seekor dah ada bangla buking tuk raya puasa ni nanti. So tinggal la 3 ekor.
Insyaallah, seminggu pas raya nanti, stok baru lembu akan masuk. Tak pasti lagi baper banyak. Mungkin sikit je kot sebab kami pun kekurangan modal untuk beli banyak-banyak ni. Maklum la penternak kecik-kecik je.
So, untuk stok korban nanti, kami akan updatekan gambar dan harga lembu-lembu stok baru tu. Insyaallah harga tak mahal sebab kami boleh dapat stok yang murah dari pembekal kami. Tapi yang pasti, stok kami tu bukan dari baka KK atau KK cross. Kami hanya memilih dari baka brahn, brahman cross dan LID saje.
So, nantikan stok baru dari kami nanti selepas raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ladang Olak Lempit.

Monday, September 15, 2008

Tempahan Lembu Korban

TEMPAHAN LEMBU UNTUK KORBAN 2008

Pihak Ladang Olak Lempit sedia untuk menerima tempahan lembu untuk korban 2008 nanti mulai sekarang. Lembu-lembu korban yang ditempah akan dijaga dan diberi makan secukupnya seperti biasa sehinggalah tiba Hari Raya Korban nanti.

Bagaimana tempahan boleh dibuat???
Mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan adalah datang melihat dan memilih sendiri lembu diladang kami. Kemudian setelah dipersetujui, pihak pembeli perlu membayar deposit sebanyak 50% kepada pihak kami. 50% peratus lagi perlu dijelaskan sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum Hari Raya Korban.

Berapa harganya???
Harga yang ditawarkan oleh pihak ladang kami adalah RM2600-RM2700 seekor mengikut saiz lembu tersebut. Jangan risau, harga tersebut masih boleh dibincangkan tetapi harus diingat bahawa harga tersebut tidak termasuk kos penghantaran. Harga tersebut kekal sehingga tiba Hari Raya Korban nanti jika ditempah dari sekarang tetapi mungkin akan berubah jika hampir dengan Hari Raya nanti.

Apa baka lembu dan beratnya???
Ladang kami mempunyai baka lembu yang terdiri daripada baka brahman dan brahman cross. Sehingga ke tarikh ini, kami anggarkan berat seekor lembu tersebut lebih kurang 300kg ke atas. Cuba bayangkan jika dijaga dan diberi makan secukupnya sehingga raya nanti, iaitu lebih dari 2 bulan. Insyaallah berat boleh mencapai dalam lingkungan 350kg ke atas setiap ekor.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menempah lembu korban dengan lebih awal, eloklah anda berhubung dengan pihak kami. Lebih baik buat tempahan lebih awal. Jika lambat, mungkin anda tidak dapat untuk mengerjakan ibadat korban pada tahun ini. Ini kerana jika dilihat pada tahun lepas, stok untuk raya korban tidak mencukupi. Jadi tempahlah sekarang sebelum terlambat.

Sekian.

Thursday, August 28, 2008

Sumber Makanan Murah

Salam hormat..

Kepada para penternak yang memerlukan hampas soya, brew atau silaj brew.. Saya boleh membantu anda untuk mendapatkan bekalan tersebut..

Apa yang perlu ada buat ialah dengan hanya email (munetsman@yahoo.com) atau sms (012-2846292) - tak perlu telefon - kepada saya dengan menyatakan makanan apa yang anda perlu, kuantiti serta tempat penghantaran.. Nanti saya akan dapatkan sebutharga untuk anda.. Sumber tersebut saya perolehi dari seorang pembekal makanan bumiputera berhampiran dengan tempat saya..

Sekian..

Monday, August 25, 2008

Jualan Borong Lembu

Salam hormat.

Pihak ladang kami ingin menjual secara borong lembu-lembu yang terdapat diladang kami sekarang.. Terdapat 10 ekor semuanya. Berat diantara 300kg - 350kg seekor. Harga jualan kami buka pada harga RM27,000 siap dengan penghantaran ke seluruh negeri Selangor.

Sila hubungi pihak kami untuk mengetahui secara lebih lanjut. Anda yang berminat dijemput untuk datang ladang untuk melihat sendiri lembu-lembu tersebut. Tapi sebelum datang tu baik call dulu. Takut kami takde kat ladang. Sebaiknya datang la pada hujung minggu sebab hari biasa kami kerja.

Sekian

p/s: Maaf sebab gambar lembu-lembu tu tak sempat nak ambil. Insyaallah kami akan letakkan kemudian.

Friday, August 8, 2008

Baja organik Aima's Black Gold

AIMA’S BLACK GOLD

PENGENALAN
Aima’s Black Gold adalah baja organik (Fermented Goat & Cattle Manure) dan ianya adalah 100% baja kompos yang diperkaya dengan Efektif Mikrob (EM). EM adalah campuran unik mikrob-mikrob berfaedah yang memecahkan molekul-molekul nutrien dalam tanah membentuk molekul yang ringkas, stabil, subur dan mudah diserap oleh tanaman. Aima’s Black Gold sesuai untuk semua jenis tanaman lanskap, bunga, sayur-sayuran, perladangan dan sebagainya.

OBJEKTIF
Untuk membantu pengusaha-pengusaha ladang tanaman dan tidak terhad kepada pengusaha kebun bunga sahaja,malah Aima’s Black Gold berfungsi membantu tanaman buah-buahan termasuklah kelapa,kelapa sawit, pisang dan lain-lain seperti padang ragut dan padang golf. Aima’s Black Gold bukan sahaja membantu untuk penyuburan tanaman, malah berfungsi untuk membantu pengusaha meningkatkan lagi produktiviti tanaman petani-petani dan menjimatkan kos kerana harga baja kimia yang kini telah naik akibat daripada kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain daripada itu, penggunaan baja kimia secara terus menerus boleh mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah daripada segi fizik, kimia dan biologi tanah.Berlainan pula dengan Aima’s Black Gold, ianya menjaga alam sekitar kerana terhasil daripada bahan semulajadi.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN AIMA’S BLACK GOLD
Baja organik adalah baja yang terhasil secara semulajadi daripada proses pereputan dimana proses pereputan tidak hanya terhad berlaku di kawasan ladang ataupun industri tetapi juga di kawasan rumah. Tetapi Aima’s Black Gold telah dihasilkan daripada tinja ( najis ) lembu dan kambing.

Banyak kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan Aima’s Black Gold:
Mengawal kelembapan (soil conditioner),struktur dan pH tanah serta kadar penyerapan nutrien.
Memperbaiki ekologi dan struktur tanah.
Meningkatkan pengudaraan dalam tanah.
Merencatkan pertumbuhan bakteria jahat (pathogen, parasit & phytotoxin) / penyakit / serangga.
Merawat bau (tidak berbau).
Menggalakkan pengakaran, pertumbuhan dan pembungaan (growth stimulant).
Menyahtoksik sisa racun rumpai dan racun serangga dalam tanah
Mesra alam tanpa kesan sampingan
Membekalkan unsur hara (nutrien) untuk pertumbuhan tanaman.
Bebas daripada benih rumput atau tanaman liar.
Mengurangkan serangan hama dan penyakit.
Kandungan yang terdapat dalam Aima’s Black Gold:

Moisture : 40 +- 5%
P2O5 : 1.89%
CaO : 2.96%
C/N Ratio : 20:1 (max)
pH : 6.5-7.5
N : 1.81%
K2O : 1.96%
MgO : 0.70%
CEC : > 75 me/100g
Trace Element : Available
Effective Microb : Available

Aima's Black Gold ini dipek didalam beg seberat 3kg/beg dan harga adalah RM18.00/3kg tidak termasuk penghantaran.

Wednesday, August 6, 2008

Jualan Dedak PKM Kembali..

Salam hormat kepada semua.

Untuk makluman semua, pihak Ladang Olak Lempit kini kembali menjadi pengedar untuk dedak Palm Kernel Deoiled Meal (PKM) setelah begitu lama menyepi. Hehe, ayat apa ntah tu. Kami baru mendapat persetujuan pengedar asal dedak tersebut untuk kami menjadi agen pengedarannya.

Jadi, kami ingin menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan PKM tersebut untuk berhubung dengan kami atau terus kepada Saiful 012-2846292 untuk berurusan. Harga semasa PKM adalah pada RM36.00/40kg beg tidak termasuk pengangkutan. Kos pengangkutan akan ditentukan kelak berdasarkan jarak dan destinasi.

Jadi, silalah berhubung dengan kami untuk mendapatkan bekalan PKM tersebut.

Sekian

Wednesday, July 30, 2008

Gambar Terbaru Lembu Kami..











Atas tu saja saya updatekan gambar lembu kami yang berada dikandang. Bukan main sedap lagi dok makan. Orang amik gambar pun buat derk je. Takpe makan banyak-banyak. Kasi besar lagi.

Tuesday, July 29, 2008

Info Daging Lembu

Sedikit info pasal daging lembu. Seperti yang kita ketahui, terdapat banyak jenis daging yang terdapat pada seekor lembu, seperti yang ditunjukkan pada gambarajah diatas.

Pemilihan jenis daging atau bahagian-bahagian daging ni penting untuk memastikan masakan kita sedap. Tapi masih ramai masyarakat kita yang kurang pentingkan jenis-jenis daging ni. Yang penting daging tu lembu. Itu je. So sebagai renungan kita bersama, sama-sama ler kita dapatkan info mengenai daging ini.

Selamat mencuba.

Dedak Lembu PKE

Salam hormat.

Kami ingin menawarkan kepada anda dedak lembu jenis PKE yang mana sesuai untuk makanan penggemukkan lembu.

Harga yang kami ingin tawarkan ialah RM32.00/beg dengan setiap beg seberat 50kg (RM0.64/kg). Harga tersebut tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bergantung kepada destinasi anda.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga PKE tersebut. Insyaallah kami akan masukkan kandungan nutrien PKE tersebut diblog ni secepat mungkin setelah mendapatnya dari pihak pengeluar.

Terima kasih

Monday, July 28, 2008

Hubungi kami!! Tawaran Pembekalan Lembu Masih Dibuka

Kami masih membuka untuk perbincangan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan bekalan lembu daging dari kami secara berjadual.

Untuk perbincangan lanjut, sila hubungi pihak kami seperti di nombor yang tertera dibahagian "PERKHIDMATAN KAMI".

Insyaallah segala keperluan daging lembu anda dapat kami penuhi demi kesenangan pihak anda. Kami juga boleh membantu anda untuk mendapatkan bekalan daging kambing jika anda memerlukan juga.

Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang untuk perbincangan lanjut!!!

Thursday, July 24, 2008

Tawaran Pembekalan Lembu Secara Berjadual/Kontrak

Salam hormat kepada semua pelanggan dan pengunjung blog kami.

Wah, dah lama juga takde post baru kat blog ni. Maklum la sekarang ni tengah sibuk sikit dengan kerja-kerja pejabat dan kerja-kerja kat ladang ni.

Disini kami ingin membuka satu tawaran baru kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bekalan daging lembu bagi tujuan katering atau jualan pasar dengan cara pembekalan lembu secara berjadual/kontrak. Bagaimana sistem ni dijalankan???

Mudah sahaja. Sesiapa sahaja yang memerlukan bekalan daging segar secara berjadual, contohnya bekalan daging segar untuk jualan pasar, pihak kami sedia untuk membekalkan kepada anda mengikut keperluan anda. Jika perlukan setiap hari, kami sedia untuk memenuhi keperluan tersebut. Apa yang perlu pembeli buat adalah dengan membuat satu perjanjian atau kontrak dengan kami untuk pembekalan daging tersebut. Kontrak yang kami sediakan ini bergantung kepada keperluan yang anda tentukan.

Tujuan kontrak ini diwujudkan adalah untuk memastikan jaminan bagi kedua-dua belah pihak pembekal dan pembeli. Dengan kontrak tersebut, pembekal iaitu ladang kami sentiasa memberi jaminan bahawa bekalan lembu sentiasa tersedia seperti yang termaktub didalam kontrak manakala pihak pembeli pula memberi jaminan untuk mendapatkan bekalan lembu hanya dari dari ladang kami, berdasarkan keperluan seperti didalam kontrak. Dengan cara ini, ia dapat memberikan win-win situation kepada dua-dua belah pihak.

Draf kontrak bekalan lembu tersebut boleh dilihat dengan memuaturun file dari link berikut: http://www.keepmyfile.com/download/eb84122292626 .
Harga yang dinyatakan didalam draf kontrak tersebut adalah berdasarkan kepada pasaran semasa yang mana boleh berubah. Para pembeli dinasihati supaya menghubungi pihak kami untuk mengetahui harga semasa.

Anda boleh menghubungi pihak kami untuk keterangan lanjut atau berbincang mengenai kontrak pembekalan lembu ini.

Sehingga berjumpa lagi.

Salam hormat dari kami.

Thursday, July 10, 2008

Jualan Penghabisan Stok

Kami ingin membuka tawaran jualan penghabisan stok lembu kami yang berada dikandang sekarang. Maklumat adalah seperti berikut:-
  1. Kuantiti = 12 ekor (jantan)
  2. Baka = Brahman dan Brahman cross
  3. Anggaran berat = 300kg hingga 350kg
  4. Harga = RM32,000 (nego)
  5. Pembelian = Secara lump sump (semua sekali)

Harga yang ditawarkan adalah harga ex-ladang. Caj penghantaran adalah berasingan dan bergantung kepada destinasi. Tawaran harga yang diletakkan adalah sah sehingga 19 Julai 2008 sahaja.

Sesiapa yang berminat adalah dijemput untuk datang melihat dan berbincang lanjut dengan kami di ladang. Sila telefon dahulu untuk temujanji.

Sekian

Wednesday, June 18, 2008

Rangkaian Pemasaran Lembu

Salam hormat..

Kami terpanggil untuk memikirkan cara terbaru untuk mempromosikan dan memasarkan ternakan lembu di ladang kami.. Ini kerana sehingga ke hari ini jualan lembu kami agak tidak memuaskan.. Maklumlah kami ni penternak baru.. Masih ramai yang belum mengetahui kewujudan kami..

Jadi disini kami ingin mewujudkan satu rangkaian pemasaran khususnya bagi penternak dan penjual lembu bagi membantu kami memasarkan ternakan kami.. Juga secara tidak langsung dapat juga membantu para penternak atau penjual lembu yang terlibat..

Jika berminat, sila tinggalkan butiran anda seperti nama, no telefon, alamat dan lain-lain diruangan "Comment" dibawah post ini.. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen jualan juga dialu-alukan.. Komisyen RM50/ekor akan diberi jika anda dapat menjualkan lembu kami ini..

Sekian.. Salam hormat..

Tawaran menjadi agen penjualan lembu ni kami hanya buka kepada sesiapa yang berada di kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.. Insyaallah di kemudian hari kami akan buka offer ni kepada agen dari negeri lain pula..

Thursday, June 12, 2008

Sumber makanan baru..

Salam sejahtera semua pengunjung blog kami ni.. Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi untuk berkunjung ke blog kami ni..

Sekarang kami sedang mencari alterbatif kepada makanan untuk lembu kami.. Seperti yang sedia maklum.. Selama ni kami hanya memberi lembu kami makan dengan PKM saja.. Kadang-kadang je kami boleh bagi rumput dan pelepah sawit hancur.. Maklum la tempat kami ni rumput dia tak baper nak menjadi.. Tu yang buat masalah skit tu..

Setelah dok cari-cari tu, adalah beberapa hamba Allah yang sudi memberi tawaran dan sebutharga kepada kami.. Menarik juga la tawaran diorang tu.. Ye la kang yang menarik tu tentu la kat harganya.. Harga PKM sekarang dah cecah RM28/beg.. Kami mesti cari sumber alternatif.. Tak boleh bergantung 100% kat PKM saje..

Ada beberapa tawaran yang sudah kami terima:
  1. Hampas nenas dari Johor - Harga RM120/tan siap transport - Minimum order 30-40 tan / trip.
  2. Beras hancur dari Kuala Selangor - Harga RM25/beg (50kg), belom masuk transport
  3. Hampas soya dari Johor - Harga RM500/tan siap transport - 5 tan seminggu pun boleh
  4. Brew dari Banting je - yang ni masih lagi lom dapat harga tapi mungkin murah gak kot
  5. Ada jugak yang dok offer hampas kelapa tapi tak pasti la harga camne.. Tak pasti sama ada hampas kelapa ni baik ke tak tu lembu.. Ni kena refer kat otai-otai lagi nih.

Dengan tu kami sekarang tengah mencari sespa yang menternak lembu atau kambing yang ingin berkongsi dengan kami untuk membeli hampas nenas yang dari Johor tu.. Hampas nenas tu murah dan juga sangat baik tuk pertumbuhan badan lembu..

Jadi kalo ada sesapa yang berminat untuk berkongsi dengan kami hampas nenas tu boleh lah berhubung dengan kami.. Stok sentiasa ada tapi kena order awal 4-5 hari untuk persediaan..

Friday, June 6, 2008

Cadangan, pesanan atau apa saja..

Salam hormat..

Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat blog ladang kami ni.. Kami sangat-sangat berbesar hati kerana anda semua memberi sokongan kepada kami untuk meneruskan usaha kami menceburi bidang ternakan lembu ni..

Jadi jika anda ada apa-apa cadangan, pesanan, atau pun apa saja, sila tinggalkan pesanan anda tu diruangan pesanan yang telah disediakan di blog kami ni.. Kami amat-amat memerlukan sokongan anda tak kiralah siapa pun anda, penternak ke, bakal penternak baru ke atau sesiapa saja yang singgah ke blog kami.. Tinggalkan juga website ke, emel ke atau n fon tuk senang kita berhubung kelak..

Terima kasih..

Wednesday, June 4, 2008

Harga minyak naik lagi..

Masak.. Masak.. Harga minyak naik lagi.. Start esok harga petrol ngan diesel naik.. Apa la nak jadik nih..

So macam mana lak ngan harga lembu dan makanan-makanan lembu.. Rasanya pasti akan naik.. Mana taknya.. Harga pengangkutan untuk lembu dan makanan tersebut pasti akan naik sebab lori guna minyak kan.. Tapi baper harga terbaru pasaran lembu setelah harga minyak ni naik??? Satu persoalan yang para penternak sendiri perlu jawab..

Terdapat beberapa faktor yang saya fikirkan kat sini yang akan mempengaruhi harga pasaran lembu nanti.. Antaranya:-

1 - Kos pengangkutan
Sini terdapat beberapa kos pengangkutan lembu yang perlu diambil kira.. Pertamanya kos pengangkutan anak lembu sebelum masuk ke ladang.. Semestinya kos lebih tinggi dari sekarang.. Keduanya adalah kos pengangkutan dari ladang kita ke tempat pelanggan.. Juga pasti naik..

2 - Harga makanan
Kos operasi untuk memproses makanan juga dipengaruhi oleh harga semasa minyak.. Bahan mentah untuk menghasilkan dedak akan meningkat disebabkan minyak.. Kemudian kos penghantaran dedak tersebut ke ladang kita.. Juga meningkat disebabkan minyak..

Jadi bagaimana penternak macam kita ni nak tentukan harga lembu dipasaran.. Adakah kita boleh naikkan harga lembu?.. Adakah kerajaan benarkan penternak naikkan harga lembu dipasaran?.. Entahlah.. Tapi kalau kos operasi penternak naik.. Maka secara tak langsungnya harga lembu juga akan naik.. Cuma persoalannya.. Berapa peratus boleh naik?.. Terpulanglah kepada penternak berapa yang dirasakan sesuai.. Yang penting kita jangan terlalu mementingkan keuntungan.. Yang paling penting adalah kita sama-sama membantu pengguna..

Fikir-fikirkanlah..

Wassalam..

Saturday, May 24, 2008

Gambar lagi..

Salam hormat.. Sini saya letak lagi gambar lembu kami kat ladang.. Saja letak lagi tuk tatapan anda semua.. Baru ambil gambar ni hari ni pas selesai buat keje.. Dah bagi makan baru le lembu-lembu tu nak beratur ambik gambar..








Saturday, May 17, 2008

Gambar terbaru dari ladang..

Seperti yang dijanjikan semalam.. Hari ni saya akan uploadkan gambar-gambar terbaru lembu kami dari ladang.. Ternyata lembu tersebut semakin besar dan gemuk.. Dah tak macam dulu lagi.. Kalau dulu sebulan pun tak besar-besar.. Tapi sejak diberi makan PKM tu.. Saiz badan lembu kami semakin besar berisi daging.. Tak perlu saya berceloteh byk kat sini.. Saksikan sendiri gambar lembu-lembu kami tu..


So harga lembu-lembu ni kami tawarkan bermula dari RM2200 - RM2500 tidak termasuk penghantaran.. Harga tersebut masih boleh dirunding selepas pemilihan lembu mana yang diingini.. Kami ada juga lembu-lembu saiznya kurang dari yang ditunjukkan pada gambar diatas.. Harganya pula dalam RM1850 - RM1900 tidak termasuk penghantaran.. Jadi sesiapa yang berhajat mencari lembu.. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah yang semakin hampir ni.. Anda dijemput datang ke ladang kami untuk memilih lembu seperti mana yang anda suka..

Sekian.. Salam hormat dari kami..

Friday, May 16, 2008

Syonok-syonok.. Sok kembali ke ladang..

Ish syonok nya.. Sok dah boleh pegi ke ladang.. Lama dah tak tengok lembu-lembu tu.. Tapi siang tadi dapat bad news dari partner.. Sekor lembu sakit sampai takleh nak tolong lagi.. Last-last malam tadi dalam kul 3 pagi.. Kena gak sembelih sebab takut mati.. Kalo dah mati jadi bangkai lak.. Rupa-rupanya lembu tu sakit sebab perut penuh ngan air.. Suspect punca utama sebab dia makan dedak terlalu banyak.. Pastu hentam air banyak sangat.. Tu yang kembung sampai dah takleh makan lagi dah.. Akhirnya terpaksa la disembelih.. Jual je lah daging tu walaupun dengan harga yang murah.. Ish sedih lak..

So la ni lembu tinggal 17 ekor je lagi kat kandang.. Sekor kena sembelih.. Sekor orang beli.. Yang kena beli tu yang paling besar tau.. Kira harga murah sungguh la.. Kitorang jual RM2200 je.. Patutnya harga dalam RM2400-RM2500 tu.. Tapi takpe.. Harga pengenalan la namanya.. Takde untung pun.. Balik modal je.. Sekor lagi lak orang yang jual aritu nak ganti balik sebabnya lembu tu tak elok.. Sampai sekarang tak sihat-sihat.. So dia akan ganti balik nanti..

So sok saya akan ambil gambar terbaru lembu-lembu kami tu dan saya akan upload kat blog ni sebagai tatapan kepada kawan-kawan dan pembeli.. Semoga ada yang berminat untuk membeli lembu kami ni.. Masalah pasaran masih membelenggu kami kerana masih ramai yang tidak mengenali atau tahu mengenai ladang kami ni.. Diharap kawan-kawan kami juga dapat membantu promote ladang kami ye..

Ok nantikan gambar terbaru esok.. Saya akan sertakan juga harga lembu itu mengikut saiz..

Salam hormat dari saya..

Tuesday, May 13, 2008

Rindunya kat lembu-lembu..

Ish.. Lama sungguh tak ke ladang nih.. Dah hampir 3 minggu nampaknya.. Patut la rasa rindu sangat kat lembu-lembu tu.. Cam mana dah la lembu tu semua.. Mesti makin gemuk.. Maklum la asyik dok makan PKM tu ja.. Mesti la jadi makin gemuk.. En Othman bagitau lembu-lembu semua makin gemuk.. Tu yang makin tak sabar nak pegi tengok tu.. Insyaallah ujung minggu ni dah boleh bawak keta pegi ladang.. Tu pun setakat tengok je la.. Nak buat keja berat tak boleh lagi.. Maklum la tangan ni pun tak sembuh sangat lagi.. Doktor cakap kena amik masa sekurang-kurangnya sebulan untuk sembuh.. So kalo pegi pun setakat nak melepaskan rindu je la..

Sebagai penternak baru bagi lembu ni.. Masalah pemasaran masih menjadi satu masalah yang paling besar.. Masalah tersebut setakat sekarang masih lagi belum dapat kami atasi dengan sebaik mungkin.. Setakat sekarang, masih belum banyak lembu kami yang terjual.. Mungkin belum ramai pelanggan yang masih tidak mengenali atau mengetahui tentang kewujudan ladang lembu kami.. Tapi kami tidak akan berpatah harap.. Kami akan terus berusaha untuk memperkenalkan ladang kami ni kepada pelanggan-pelanggan atau peraih-peraih lembu di luar sana agar membeli lembu dari ladang kami.. Diharap juga rakan-rakan penternak kami diluar sana dapat juga membantu kami memperkenalkan ladang kami ni kepada bakal-bakal pembeli.. Kami kira lembu kami ni sesuai jika dibeli untuk disembelih untuk dijualkan dagingnya di pasar.. Sebabnya, lembu kmi ni besar-besar belaka.. Banyak daging le katakan..

Insyaallah, pas pegi ladang ujung minggu ni.. Saya akan update gambar terbaru lembu kami untuk tatapan anda semua.. Juga ia dapat dijadikan bukti betapa dedak PKM yang kami gunakan tu benar-benar effective untuk menggemukkan lembu.. Bukan membina lemak, tapi membina daging-daging yang pejal.. So setakat ni jelah dulu ye celoteh saya kat blog ladang kami ni.. Bukan apa, saja nak update skit blog ni supaya aktif.. Takle asyik dengan post yang lama je.. Walaupun takde apa sangat.. Tapi sekurang-kurangnya blog lembu ni aktif jugak seperti lembu-lembunya.. hehe.. So diharap anda semua setia dengan blog ladang lembu kami ni..

Sekian..

Sunday, May 4, 2008

2 minggu tak ke ladang..

Dah masuk 2 minggu tak ke ladang. Camne keadaan lembu-lembu tu pun taktau la. Nasib baik ada partner yang leh tolong tengok dulu lembu. Leh tolong jaga semuanya. Kalo tak masalah woo. Camne lembu-lembu tu nak makan.

Tapi pas call partner, En Othman tu, dia cakap lembu-lembu tu semua dalam keadaan sihat dan semakin gemuk. Maklum la dah 2 minggu dok makan PKM tu je, selain makan jugak rumput napier dan pelepah sawit yang dihancurkan. Tapi sayang, saya gak yang tak dapat nak pegi tengok perkembangan lembu-lembu tu. Pasni kalo pegi ladang, mesti terkejutnya tengok saiz lembu-lembu tu. Kalo pegi leh la amik gambar nak upload kt sini. Nak tunjukkan kepada kawan-kawan dan juga bakal pembeli kat blog kami ni gambar lembu kami yang semakin gemuk. Pasni senang la kalo nak jualkan kat sesiapa yang nak buat kenduri. Kepada sesiapa yang behajat nak tumbangkan lembu tuk kenduri tu, leh la datang ladang kami pilih lembu kami yang gemuk-gemuk tu.

Insyaallah hujung minggu depan dah leh pegi ladang kot. Tapi tu pun setakat pegi tengok ngan amik gambar lembu tuk upload kat blog ni je la. Mana boleh nak buat keja-keja lagi. Tangan pun tak kuatnya lagi. Tapi pegi ladang nak lepaskan rindu kat lembu-lembu tu je la dan nak tengok dah besar mana saiznya.

So kepada sesiapa yang berhajat nak dapatkan lembu tuk nak buat kenduri tu, leh ler datang ladang kami pilih. Pasal harga tu kita leh bincang kat ladang. Kami akan cuba berikan harga yang paling baik untuk anda. Kami tidak akan membebankan pihak pembeli dengan harga yang tinggi kerana polisi kami yang mementingkan kualiti dan kuantiti. Biar pelanggan kami berpuashati dengan lembu-lembu yang dibeli dari ladang kami. Harga jualan tu cukuplah lepas buat bayaran belian anak lembu tu, makanan-makanan lembu dan juga bayaran hutang kami kat bank. Pasal untung tu, biar berpada sudahlah. Janji kami boleh create jaringan para pelanggan kami.

Oklah, tangan pun dah mula nak sakit balik dah ni. Maklum la tak baik lagi. Leh la sikit-sikit tekan komputer ni. Hingga saya update lagi, insyaallah di minggu depan. Salam hormt dari kami, Ladang Fidlot Lembu Olak Lempit.

Wassalam.

Tuesday, April 29, 2008

Pembedahan nak betulkan tulang pergelangan tangan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana saya telah pun selamat menjalani satu pembedahan kecil dibahagian pergelangan tangan kanan saya untuk membetulkan tulang pada bahagian tu. Sejam jugak la pembedahan tu dijalankan untuk membuang satu bahagian kecil tulang yang asyik bagi rasa sakit je kat tangan tu. Ingatkan sekejap je tapi sampai sejam gak tu. Siap kena bius tu nak bagi pengsan. Masa tu takut pun ada. Maklum la pertama kali kena masuk dewan bedah. Sape tak takut woo.

So, pasni, kena la rehat 2-3 minggu gak kot nak bagi tangan ni baik balik. Maklum la saya ni right handed punya orang. So cam paralyse la skit sebab tangan kanan takleh nak guna. Pasni, keja2 kandang pun kena bagi partner, En Ithman yang handle 100%. Nak bantu pun kalo setakat nak bincang2 hal management leh ler. Kalo nsk turun kandang bantu, hehe takleh le sementara waktu ni. Kena buat promotion dari umah je la. Tu je la yang mampu. Ni menaip pun guna tangan kiri je. Lambat tul nak tekan huruf2 ni.

Oklah. Saja je nak postkan something kat sini tuk aktifkan blog ni. Tempahan tuk lembu sentiasa dibuka. Anda boleh telafon saya bila2 masa tuk tempahan. Dikandang sekarang yang ada pun lembu2 brahman jantan yang sedang digemukkan. Saiz badan lembu2 tu pun makin maningkat sejak diberi makan PKM. Sila telafon saya atau En Othman jika hendak ke kandang kami.

Sekian. Salam hormat dari kami.

Tuesday, April 22, 2008

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

MAKANAN TERNAKAN BERASASKAN ISIRONG KELAPA SAWIT (PALM KERNEL)

Penggunaan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit (palm kernel) telah lama digunakan selain daripada makanan ternakan berasaskan kacang soya, jagung, beras dan bijirin. Penghasilan makanan dari isirong kelapa sawit menjadi pilihan penternak kerana ianya murah, mempunyai kandungan tenaga dan protein yang terbaik, kelembapan yang rendah serta serat yang berkualiti tinggi. Selain itu, faktor bahan mentah yang banyak dan mencukupi meyakinkan penternak untuk menggunakan produk makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit kepada ternakan mereka. Di antara makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang terdapat di dalam pasaran ialah Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.PKM adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat. Ternakan memerlukan makanan yang dapat menampung keperluan khasiat yang cukup dan seimbang dalam tumbesaran. Dengan itu, PKM adalah merupakan makanan yang paling sesuai bagi ternakan untuk membesar dengan baik dan mempunyai ketahan melawan penyakit.Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus 0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.

Kelebihan penggunaan PKM
PKM dapat menghasilkan kadar tumbesaran yang optimum dengan lebih cepat berbanding PKC. Selain itu, haiwan ternakan menjadi aktif dan cergas serta mempunyai kepadatan daging yang tinggi. Hasil pencerapan menunjukkan kadar kelahiran telah meningkat dan kadar kematian kelahiran di dapati menurun. Haiwan ternakan juga mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi. PKM juga adalah merupakan satu-satunya produk makanan ternakan yang mendapat pengesahan status HALAL dari JAKIM.

Anda boleh lawati link berikut untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai PKM ni:-
http://www.mediafire.com/?djhtzymh9xu

Jika berminat untuk menempah PKM tersebut, anda semua boleh berhubung terus dengan saya Saiful 012-2846292. Segala urusan sehingga penghantaran akan dibuat oleh pihak kami. Harga PKM bersamaan dengan RM23 untuk 1 beg (35kg) tidak termasuk penghantaran. Kos penghantaran akan dicaj berasingan mengikut jarak dan tempat.

Saturday, April 19, 2008

Gambar terbaru dari ladang..

Hari ni lambat pulak pegi ke kandang. Yang ada dari pagi tu, partner je. Puas dia menarik pelepah-pelepah sawit nk bg makan dek lembu-lembu tu. Stok dedak PKE tinggal 2 beg je lagi. Dedak PKM baru lak, ada masalah penghantaran. Janjinya pagi tadi supplier hantar tapi masalah lak kt lori diorg tu. Rosak lak dah. Dua-dua lori lak tu yg rosak. So terpaksa le kena buat catuan makanan skit kat lembu tu.

Alhamdulillah, lewat petang tadi dapat gak supplier tu hantar dedak PKM tu dihantar ke ladang. Tu pun pas saya dah dalam perjalanan balik dari ladang, supplier call nak bagitau dedak dalam perjalanan. Nasib baik partner tu ada lagi kat ladang. Kalo tak susah le skit nak sampai dedak tu. Banyak gak la dedak tu. Buat stok tuk sebulan. Pasni dah tak bagi makan benda lain lagi dah. Bagi 100% PKM atau pun campur skit dengan rumput atau pelepah sawit yang dihancurkan. Nak bagi lembu-lembu tu cepat membesar. Kesan dedak tu dah terbukti masa cuba dengan 2 beg haritu. Bila bagi makan dengan PKE, nampak perubahan lembu tu makin menyusut balik. So pasni harap-harap lembu tu semua cepat membesar dang senang kalo orang nak beli. Lembu gemuk baru la orang berani beli. Kalo kurus sape tengok pun tak minat.
Seperti yang saya cakapkan, saya akan upload gambar kawasan ladang fidlot lembu kami ni. Ladang yang tak seberapa tapi cukuplah rasanya bagi orang baru cam kami ni. Kang buat cantik-cantik sangat pun takut habis duit je. Baik duit tu cari makanan berkualiti untuk lembu-lembu tu. Kat bawah saya letakkan gambar-gambar tu.

Signboard ladang kami ditepi jalan Dengkil-Banting

Jalan masuk ke kandang. Agak sempit tapi setakat tu je la yg mampu dibuat permulaan ni. Berat maksimum muatan bleh masuk ialah 3 tan.

Suasana kandang petang tadi. Semua lembu sedang seronok menikmati makanan yang lazat sementara menunggu makanan yang lebih lazat lagi tiba.

Dan dibawah ni lak saya letakkan gambar-gambar lembu yang ada kat ladang kami. Lembu takde la besar mana sangat pun tapi dalam proses membesar le tu.


Ni je la dulu update gambar lembu-lembu kami yang ada kat kandang sekarang ni. Insyaallah from time to time kami akan update gambar-gamabr terbaru lembu kami untuk tatapan anda semua. Jika ada yang berminat untuk datang melihat sendiri lembu-lembu kami dikandang, dengan segala hormatnya dipersilakan. Telefon kami dahulu untuk buat temujanji sebab hari biasa kami tak ada dikandang.

Insyaallah kemudian hari kami akan letakkan pulak gambar terbaru untuk menunjukkan bagaimana kesan PKM kepada lembu. Pasti makin gemuk dan bertambah sihat.

Sekian..

Wednesday, April 16, 2008

Permulaan bidang ternakan lembu fidlot

Alhamdulillah, akhirnya kandang lembu yang ditunggu-tunggu telah pun siap. Setelah berbulan mengharungi pelbagai rintangan dan halangan, akhirnya kandang tersebut gah juga berdiri diatas tapak projek yang telah ditetapkan.

Kandang tu takde la besar mana sangat pun. Kalau ikutkan saiznya, boleh la menampung maksimum 50 ekor lembu pada satu-satu masa. Maklum la, ni baru je permulaan. Mungkin masa depan, boleh dibesarkan lagi untuk menambahkan lagi kuantiti lembu yang diternak. Buat permulaan ni, pihak kami hanya menternak lembu-lembu jantan dari baka brahman dan brahman cross sebanyak 20 ekor. Agak sikit kalau nak dibandingkan dengan penternak-penternak lain yang menternak hampir beratus-ratus ekor. Tapi bagi penternak baru seperti kami, 20 ekor pun sudah cukup bagi kami untuk menimba pengalaman baru serta belajar tentang selok-belok ternakan lembu ni. Bukan senang bagi orang baru macam kami ni untuk menjaga lembu-lembu tersebut memandangkan kami pun bukan la penternak lembu sepenuh masa.

Dah kat dua bulan kami beli lembu-lembu tu. Tapi lebih kurang dekat sebulan jugak lembu-lembu tu berada kat kandang kawan berhampiran dengan tapak kandang kami. Ni disebabkan pembinaan kandang kami yang agak lembab dan banyak benda yang kena ubah. Ni semua sebab si tukang yang taknak ikut cakap. Yang dia tau, dia sorang je yang pandai. Tu yang geram tul tu.

Ni la lembu-lembu kami yang kepenatan selepas mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer semasa berada dikandang kawan:



Latihan penjagaan dan pengurusan lembu dikandang kawan berdekatan:

Tapi apapun, sekarang dah sebulan lembu-lembu tu melepak kat kandang kami. Susah gak ler buat pertama kali menjaga lembu ni. Macam-macam yang tak kena. Kesian je tengok lembu-lembu tu. Kurus je. Nak kata tak makan, kuat gak makannya tapi badan takde nampak perubahan pun. Insyaallah selepas dah sebulan menimba pengalaman sendiri ni, sekaran selepas sebulan, lembu-lembu tu pun dah menampakkan kenaikan berat badan yang agak baik. Ditambah pula dengan nasihat-nasihat yang diberikan oleh para otai-otai lembu, lembu kami semakin hari semakin sihat.

Sekian dulu bagi waktu ni. Insyaallah akan diletakkan pula gambar terbaru lembu kami tu. Hingga ke lain waktu. Salam hormat dari kami.