Tuesday, September 23, 2008

Lembu telah diborong - 10 ekor semuanya

Salam hormat

Hari sabtu lepas, lebih kurang dalam jam 11 pagi gitu, sebanyak 10 ekor lembu kami telah diborong oleh salah seorang otai lembu dari daerah Kuala Langat ni. Sedih gak tengok lembu-lembu tu naik lori pergi dari kandang kami ni. Tapi nak buat camna, memang tu dah tujuan ternak lembu ni kan. Kalo tak jual, mana nak dapat untungnya.

Setelah berbulan-bulan melepak kat kandang kami ni, akhirnya detik perpisahan tu tiba juga. Kami ada jugak ambik beberapa gambar tuk disimpan. Pasni mesti dah takleh jumpa lagi kan. Ishhh sensitif tul la. Dengan lembu pun kami sensitif tau.

Kat bawah ni ada diletakkan sikit gambar-gambar lembu yang dijual dan gambar semasa proses pemindahan lembu.









Ini la lembu-lembu yang dijual tu. Semua kelihatan sedih ja. Siap ada yang naik angin lagi tu nak tanduk kitorang semua.











Ni semasa proses nak naik ke lori. Punya la susah. Taknak naik geng-geng tu ke lori. Tapi dengan kepakaran otai tersebut, akhirnya naik jugak ke lori.





Dah siap pun naik ke lori. Punya la penat. Maklum la buat kerja-kerja ni time bulan puasa. Pastu lak, kami tak pengalaman. Tu yang penat semacam je tu.

Ni je la yang tinggal lagi kat kandang. Tinggal 4 ekor je. Tu pun seekor dah ada bangla buking tuk raya puasa ni nanti. So tinggal la 3 ekor.
Insyaallah, seminggu pas raya nanti, stok baru lembu akan masuk. Tak pasti lagi baper banyak. Mungkin sikit je kot sebab kami pun kekurangan modal untuk beli banyak-banyak ni. Maklum la penternak kecik-kecik je.
So, untuk stok korban nanti, kami akan updatekan gambar dan harga lembu-lembu stok baru tu. Insyaallah harga tak mahal sebab kami boleh dapat stok yang murah dari pembekal kami. Tapi yang pasti, stok kami tu bukan dari baka KK atau KK cross. Kami hanya memilih dari baka brahn, brahman cross dan LID saje.
So, nantikan stok baru dari kami nanti selepas raya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Ladang Olak Lempit.

Monday, September 15, 2008

Tempahan Lembu Korban

TEMPAHAN LEMBU UNTUK KORBAN 2008

Pihak Ladang Olak Lempit sedia untuk menerima tempahan lembu untuk korban 2008 nanti mulai sekarang. Lembu-lembu korban yang ditempah akan dijaga dan diberi makan secukupnya seperti biasa sehinggalah tiba Hari Raya Korban nanti.

Bagaimana tempahan boleh dibuat???
Mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan adalah datang melihat dan memilih sendiri lembu diladang kami. Kemudian setelah dipersetujui, pihak pembeli perlu membayar deposit sebanyak 50% kepada pihak kami. 50% peratus lagi perlu dijelaskan sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum Hari Raya Korban.

Berapa harganya???
Harga yang ditawarkan oleh pihak ladang kami adalah RM2600-RM2700 seekor mengikut saiz lembu tersebut. Jangan risau, harga tersebut masih boleh dibincangkan tetapi harus diingat bahawa harga tersebut tidak termasuk kos penghantaran. Harga tersebut kekal sehingga tiba Hari Raya Korban nanti jika ditempah dari sekarang tetapi mungkin akan berubah jika hampir dengan Hari Raya nanti.

Apa baka lembu dan beratnya???
Ladang kami mempunyai baka lembu yang terdiri daripada baka brahman dan brahman cross. Sehingga ke tarikh ini, kami anggarkan berat seekor lembu tersebut lebih kurang 300kg ke atas. Cuba bayangkan jika dijaga dan diberi makan secukupnya sehingga raya nanti, iaitu lebih dari 2 bulan. Insyaallah berat boleh mencapai dalam lingkungan 350kg ke atas setiap ekor.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menempah lembu korban dengan lebih awal, eloklah anda berhubung dengan pihak kami. Lebih baik buat tempahan lebih awal. Jika lambat, mungkin anda tidak dapat untuk mengerjakan ibadat korban pada tahun ini. Ini kerana jika dilihat pada tahun lepas, stok untuk raya korban tidak mencukupi. Jadi tempahlah sekarang sebelum terlambat.

Sekian.