Sekarang kami sedang mencari alterbatif kepada makanan untuk lembu kami.. Seperti yang sedia maklum.. Selama ni kami hanya memberi lembu kami makan dengan PKM saja.. Kadang-kadang je kami boleh bagi rumput dan pelepah sawit hancur.. Maklum la tempat kami ni rumput dia tak baper nak menjadi.. Tu yang buat masalah skit tu..
Setelah dok cari-cari tu, adalah beberapa hamba Allah yang sudi memberi tawaran dan sebutharga kepada kami.. Menarik juga la tawaran diorang tu.. Ye la kang yang menarik tu tentu la kat harganya.. Harga PKM sekarang dah cecah RM28/beg.. Kami mesti cari sumber alternatif.. Tak boleh bergantung 100% kat PKM saje..
Ada beberapa tawaran yang sudah kami terima:
- Hampas nenas dari Johor - Harga RM120/tan siap transport - Minimum order 30-40 tan / trip.
- Beras hancur dari Kuala Selangor - Harga RM25/beg (50kg), belom masuk transport
- Hampas soya dari Johor - Harga RM500/tan siap transport - 5 tan seminggu pun boleh
- Brew dari Banting je - yang ni masih lagi lom dapat harga tapi mungkin murah gak kot
- Ada jugak yang dok offer hampas kelapa tapi tak pasti la harga camne.. Tak pasti sama ada hampas kelapa ni baik ke tak tu lembu.. Ni kena refer kat otai-otai lagi nih.
Dengan tu kami sekarang tengah mencari sespa yang menternak lembu atau kambing yang ingin berkongsi dengan kami untuk membeli hampas nenas yang dari Johor tu.. Hampas nenas tu murah dan juga sangat baik tuk pertumbuhan badan lembu..
Jadi kalo ada sesapa yang berminat untuk berkongsi dengan kami hampas nenas tu boleh lah berhubung dengan kami.. Stok sentiasa ada tapi kena order awal 4-5 hari untuk persediaan..
5 comments:
Hampas tahu dari johor tu ade tak no. contact nyer.
sori raja kambing.. lambat reply skit.. ni no fon org yang jual hampas soya dari johor tu.. 016-7222467.. nama dia saya tak igt.. cuba tepon dia tgk camne ye.. tq
tima kasih atas maklumat yang diberikan
salam, tumpang tanya saya nak cari brew. ada no. contact tak.phsb.
Assalamualaikum nak tanya la hampas brew boleh bagi lembu/kambing makan ke...apa hukum daging lembu/kambing yang makan hampas brew tu???...maaf bertanya,,baru jinak² belajar menternak...
Post a Comment