Wednesday, April 16, 2008

Permulaan bidang ternakan lembu fidlot

Alhamdulillah, akhirnya kandang lembu yang ditunggu-tunggu telah pun siap. Setelah berbulan mengharungi pelbagai rintangan dan halangan, akhirnya kandang tersebut gah juga berdiri diatas tapak projek yang telah ditetapkan.

Kandang tu takde la besar mana sangat pun. Kalau ikutkan saiznya, boleh la menampung maksimum 50 ekor lembu pada satu-satu masa. Maklum la, ni baru je permulaan. Mungkin masa depan, boleh dibesarkan lagi untuk menambahkan lagi kuantiti lembu yang diternak. Buat permulaan ni, pihak kami hanya menternak lembu-lembu jantan dari baka brahman dan brahman cross sebanyak 20 ekor. Agak sikit kalau nak dibandingkan dengan penternak-penternak lain yang menternak hampir beratus-ratus ekor. Tapi bagi penternak baru seperti kami, 20 ekor pun sudah cukup bagi kami untuk menimba pengalaman baru serta belajar tentang selok-belok ternakan lembu ni. Bukan senang bagi orang baru macam kami ni untuk menjaga lembu-lembu tersebut memandangkan kami pun bukan la penternak lembu sepenuh masa.

Dah kat dua bulan kami beli lembu-lembu tu. Tapi lebih kurang dekat sebulan jugak lembu-lembu tu berada kat kandang kawan berhampiran dengan tapak kandang kami. Ni disebabkan pembinaan kandang kami yang agak lembab dan banyak benda yang kena ubah. Ni semua sebab si tukang yang taknak ikut cakap. Yang dia tau, dia sorang je yang pandai. Tu yang geram tul tu.

Ni la lembu-lembu kami yang kepenatan selepas mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer semasa berada dikandang kawan:



Latihan penjagaan dan pengurusan lembu dikandang kawan berdekatan:

Tapi apapun, sekarang dah sebulan lembu-lembu tu melepak kat kandang kami. Susah gak ler buat pertama kali menjaga lembu ni. Macam-macam yang tak kena. Kesian je tengok lembu-lembu tu. Kurus je. Nak kata tak makan, kuat gak makannya tapi badan takde nampak perubahan pun. Insyaallah selepas dah sebulan menimba pengalaman sendiri ni, sekaran selepas sebulan, lembu-lembu tu pun dah menampakkan kenaikan berat badan yang agak baik. Ditambah pula dengan nasihat-nasihat yang diberikan oleh para otai-otai lembu, lembu kami semakin hari semakin sihat.

Sekian dulu bagi waktu ni. Insyaallah akan diletakkan pula gambar terbaru lembu kami tu. Hingga ke lain waktu. Salam hormat dari kami.

2 comments:

firdaus said...

salam..
nak mintak maklumat sket bole x?
saya ni student thn akhir uitm shah alam.
dalam bidang perancang bandar dan wilayah..
tp, dlm kos kitorang ni, de satu subjek pasal "project management"
so ktorang dapat assignment utk wat 1 projek kat seremban..
kawasan tu besar jgak..
ktorang decide nak wat ternakan lembu..
so n=bole x tlg bg mklumat utk pnternakan lembu ni?
manual penternakan atau bende2 yg bkaitan dengan pentrnakan lembu ni..
tq

TAS AMAN NAPIER said...

kami ade mnyediakan rumput napier Taiwan untuk ternakan ruminan . untuk pertanyaan lanjut bOleh hubunggi en.sapian 019-9213369 atau en.safarul 017-9566047 . terima kasih