hari ini macam biasa rutin harian..membersihkan lembu..baru settle semua ni..puasa dah nak dekat..lepas tu raya..sapa berminat nak tgk lembu jangan segan..call la ye..
Terletak di sebelah Jalan Olak Lempit-Dengkil, berhadapan dengan Ole de Futsal. Objektif penubuhan ladang fidlot lembu ini adalah untuk menambahkan bekalan daging lembu di pasaran setempat terutamanya yang melibatkan baka-baka lembu yang mempunyai kualiti daging yang tinggi. Sistem pemakanan yang teratur dan dari sumber yang halal bagi memastikan lembu yang terhasil mempunyai daging yang berkualiti dan juga halal di sisi Islam.
1) Membekalkan lembu hidup untuk kegunaan sembelihan harian, korban, akikah dan kegunaan kenduri.
2) Mendapatkan bekalan anak lembu untuk keperluan penternak.
3) Bekalan dedak PKM & PKE dengan harga yang berpatutan serta bekalan hampas soya & brew.
4) Khidmat nasihat secara percuma kepada bakal-bakal penternak baru yang berminat dengan ternakan lembu fidlot.
Harga Jualan Lembu
Harga lembu untuk korban 2008:-
Terkini!!! Masih terdapat 8 ekor lagi lembu baka brahman cross dengan purata berat ~250kg/ekor untuk dijual. Harga RM2800/ekor (nego) atau harga pukal 8 ekor RM20,000 (nego).