Saturday, May 24, 2008

Gambar lagi..

Salam hormat.. Sini saya letak lagi gambar lembu kami kat ladang.. Saja letak lagi tuk tatapan anda semua.. Baru ambil gambar ni hari ni pas selesai buat keje.. Dah bagi makan baru le lembu-lembu tu nak beratur ambik gambar..








Saturday, May 17, 2008

Gambar terbaru dari ladang..

Seperti yang dijanjikan semalam.. Hari ni saya akan uploadkan gambar-gambar terbaru lembu kami dari ladang.. Ternyata lembu tersebut semakin besar dan gemuk.. Dah tak macam dulu lagi.. Kalau dulu sebulan pun tak besar-besar.. Tapi sejak diberi makan PKM tu.. Saiz badan lembu kami semakin besar berisi daging.. Tak perlu saya berceloteh byk kat sini.. Saksikan sendiri gambar lembu-lembu kami tu..


So harga lembu-lembu ni kami tawarkan bermula dari RM2200 - RM2500 tidak termasuk penghantaran.. Harga tersebut masih boleh dirunding selepas pemilihan lembu mana yang diingini.. Kami ada juga lembu-lembu saiznya kurang dari yang ditunjukkan pada gambar diatas.. Harganya pula dalam RM1850 - RM1900 tidak termasuk penghantaran.. Jadi sesiapa yang berhajat mencari lembu.. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah yang semakin hampir ni.. Anda dijemput datang ke ladang kami untuk memilih lembu seperti mana yang anda suka..

Sekian.. Salam hormat dari kami..

Friday, May 16, 2008

Syonok-syonok.. Sok kembali ke ladang..

Ish syonok nya.. Sok dah boleh pegi ke ladang.. Lama dah tak tengok lembu-lembu tu.. Tapi siang tadi dapat bad news dari partner.. Sekor lembu sakit sampai takleh nak tolong lagi.. Last-last malam tadi dalam kul 3 pagi.. Kena gak sembelih sebab takut mati.. Kalo dah mati jadi bangkai lak.. Rupa-rupanya lembu tu sakit sebab perut penuh ngan air.. Suspect punca utama sebab dia makan dedak terlalu banyak.. Pastu hentam air banyak sangat.. Tu yang kembung sampai dah takleh makan lagi dah.. Akhirnya terpaksa la disembelih.. Jual je lah daging tu walaupun dengan harga yang murah.. Ish sedih lak..

So la ni lembu tinggal 17 ekor je lagi kat kandang.. Sekor kena sembelih.. Sekor orang beli.. Yang kena beli tu yang paling besar tau.. Kira harga murah sungguh la.. Kitorang jual RM2200 je.. Patutnya harga dalam RM2400-RM2500 tu.. Tapi takpe.. Harga pengenalan la namanya.. Takde untung pun.. Balik modal je.. Sekor lagi lak orang yang jual aritu nak ganti balik sebabnya lembu tu tak elok.. Sampai sekarang tak sihat-sihat.. So dia akan ganti balik nanti..

So sok saya akan ambil gambar terbaru lembu-lembu kami tu dan saya akan upload kat blog ni sebagai tatapan kepada kawan-kawan dan pembeli.. Semoga ada yang berminat untuk membeli lembu kami ni.. Masalah pasaran masih membelenggu kami kerana masih ramai yang tidak mengenali atau tahu mengenai ladang kami ni.. Diharap kawan-kawan kami juga dapat membantu promote ladang kami ye..

Ok nantikan gambar terbaru esok.. Saya akan sertakan juga harga lembu itu mengikut saiz..

Salam hormat dari saya..

Tuesday, May 13, 2008

Rindunya kat lembu-lembu..

Ish.. Lama sungguh tak ke ladang nih.. Dah hampir 3 minggu nampaknya.. Patut la rasa rindu sangat kat lembu-lembu tu.. Cam mana dah la lembu tu semua.. Mesti makin gemuk.. Maklum la asyik dok makan PKM tu ja.. Mesti la jadi makin gemuk.. En Othman bagitau lembu-lembu semua makin gemuk.. Tu yang makin tak sabar nak pegi tengok tu.. Insyaallah ujung minggu ni dah boleh bawak keta pegi ladang.. Tu pun setakat tengok je la.. Nak buat keja berat tak boleh lagi.. Maklum la tangan ni pun tak sembuh sangat lagi.. Doktor cakap kena amik masa sekurang-kurangnya sebulan untuk sembuh.. So kalo pegi pun setakat nak melepaskan rindu je la..

Sebagai penternak baru bagi lembu ni.. Masalah pemasaran masih menjadi satu masalah yang paling besar.. Masalah tersebut setakat sekarang masih lagi belum dapat kami atasi dengan sebaik mungkin.. Setakat sekarang, masih belum banyak lembu kami yang terjual.. Mungkin belum ramai pelanggan yang masih tidak mengenali atau mengetahui tentang kewujudan ladang lembu kami.. Tapi kami tidak akan berpatah harap.. Kami akan terus berusaha untuk memperkenalkan ladang kami ni kepada pelanggan-pelanggan atau peraih-peraih lembu di luar sana agar membeli lembu dari ladang kami.. Diharap juga rakan-rakan penternak kami diluar sana dapat juga membantu kami memperkenalkan ladang kami ni kepada bakal-bakal pembeli.. Kami kira lembu kami ni sesuai jika dibeli untuk disembelih untuk dijualkan dagingnya di pasar.. Sebabnya, lembu kmi ni besar-besar belaka.. Banyak daging le katakan..

Insyaallah, pas pegi ladang ujung minggu ni.. Saya akan update gambar terbaru lembu kami untuk tatapan anda semua.. Juga ia dapat dijadikan bukti betapa dedak PKM yang kami gunakan tu benar-benar effective untuk menggemukkan lembu.. Bukan membina lemak, tapi membina daging-daging yang pejal.. So setakat ni jelah dulu ye celoteh saya kat blog ladang kami ni.. Bukan apa, saja nak update skit blog ni supaya aktif.. Takle asyik dengan post yang lama je.. Walaupun takde apa sangat.. Tapi sekurang-kurangnya blog lembu ni aktif jugak seperti lembu-lembunya.. hehe.. So diharap anda semua setia dengan blog ladang lembu kami ni..

Sekian..

Sunday, May 4, 2008

2 minggu tak ke ladang..

Dah masuk 2 minggu tak ke ladang. Camne keadaan lembu-lembu tu pun taktau la. Nasib baik ada partner yang leh tolong tengok dulu lembu. Leh tolong jaga semuanya. Kalo tak masalah woo. Camne lembu-lembu tu nak makan.

Tapi pas call partner, En Othman tu, dia cakap lembu-lembu tu semua dalam keadaan sihat dan semakin gemuk. Maklum la dah 2 minggu dok makan PKM tu je, selain makan jugak rumput napier dan pelepah sawit yang dihancurkan. Tapi sayang, saya gak yang tak dapat nak pegi tengok perkembangan lembu-lembu tu. Pasni kalo pegi ladang, mesti terkejutnya tengok saiz lembu-lembu tu. Kalo pegi leh la amik gambar nak upload kt sini. Nak tunjukkan kepada kawan-kawan dan juga bakal pembeli kat blog kami ni gambar lembu kami yang semakin gemuk. Pasni senang la kalo nak jualkan kat sesiapa yang nak buat kenduri. Kepada sesiapa yang behajat nak tumbangkan lembu tuk kenduri tu, leh la datang ladang kami pilih lembu kami yang gemuk-gemuk tu.

Insyaallah hujung minggu depan dah leh pegi ladang kot. Tapi tu pun setakat pegi tengok ngan amik gambar lembu tuk upload kat blog ni je la. Mana boleh nak buat keja-keja lagi. Tangan pun tak kuatnya lagi. Tapi pegi ladang nak lepaskan rindu kat lembu-lembu tu je la dan nak tengok dah besar mana saiznya.

So kepada sesiapa yang berhajat nak dapatkan lembu tuk nak buat kenduri tu, leh ler datang ladang kami pilih. Pasal harga tu kita leh bincang kat ladang. Kami akan cuba berikan harga yang paling baik untuk anda. Kami tidak akan membebankan pihak pembeli dengan harga yang tinggi kerana polisi kami yang mementingkan kualiti dan kuantiti. Biar pelanggan kami berpuashati dengan lembu-lembu yang dibeli dari ladang kami. Harga jualan tu cukuplah lepas buat bayaran belian anak lembu tu, makanan-makanan lembu dan juga bayaran hutang kami kat bank. Pasal untung tu, biar berpada sudahlah. Janji kami boleh create jaringan para pelanggan kami.

Oklah, tangan pun dah mula nak sakit balik dah ni. Maklum la tak baik lagi. Leh la sikit-sikit tekan komputer ni. Hingga saya update lagi, insyaallah di minggu depan. Salam hormt dari kami, Ladang Fidlot Lembu Olak Lempit.

Wassalam.