Tuesday, April 29, 2008

Pembedahan nak betulkan tulang pergelangan tangan.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana saya telah pun selamat menjalani satu pembedahan kecil dibahagian pergelangan tangan kanan saya untuk membetulkan tulang pada bahagian tu. Sejam jugak la pembedahan tu dijalankan untuk membuang satu bahagian kecil tulang yang asyik bagi rasa sakit je kat tangan tu. Ingatkan sekejap je tapi sampai sejam gak tu. Siap kena bius tu nak bagi pengsan. Masa tu takut pun ada. Maklum la pertama kali kena masuk dewan bedah. Sape tak takut woo.

So, pasni, kena la rehat 2-3 minggu gak kot nak bagi tangan ni baik balik. Maklum la saya ni right handed punya orang. So cam paralyse la skit sebab tangan kanan takleh nak guna. Pasni, keja2 kandang pun kena bagi partner, En Ithman yang handle 100%. Nak bantu pun kalo setakat nak bincang2 hal management leh ler. Kalo nsk turun kandang bantu, hehe takleh le sementara waktu ni. Kena buat promotion dari umah je la. Tu je la yang mampu. Ni menaip pun guna tangan kiri je. Lambat tul nak tekan huruf2 ni.

Oklah. Saja je nak postkan something kat sini tuk aktifkan blog ni. Tempahan tuk lembu sentiasa dibuka. Anda boleh telafon saya bila2 masa tuk tempahan. Dikandang sekarang yang ada pun lembu2 brahman jantan yang sedang digemukkan. Saiz badan lembu2 tu pun makin maningkat sejak diberi makan PKM. Sila telafon saya atau En Othman jika hendak ke kandang kami.

Sekian. Salam hormat dari kami.

Tuesday, April 22, 2008

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

MAKANAN TERNAKAN BERASASKAN ISIRONG KELAPA SAWIT (PALM KERNEL)

Penggunaan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit (palm kernel) telah lama digunakan selain daripada makanan ternakan berasaskan kacang soya, jagung, beras dan bijirin. Penghasilan makanan dari isirong kelapa sawit menjadi pilihan penternak kerana ianya murah, mempunyai kandungan tenaga dan protein yang terbaik, kelembapan yang rendah serta serat yang berkualiti tinggi. Selain itu, faktor bahan mentah yang banyak dan mencukupi meyakinkan penternak untuk menggunakan produk makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit kepada ternakan mereka. Di antara makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang terdapat di dalam pasaran ialah Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.PKM adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat. Ternakan memerlukan makanan yang dapat menampung keperluan khasiat yang cukup dan seimbang dalam tumbesaran. Dengan itu, PKM adalah merupakan makanan yang paling sesuai bagi ternakan untuk membesar dengan baik dan mempunyai ketahan melawan penyakit.Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus 0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.

Kelebihan penggunaan PKM
PKM dapat menghasilkan kadar tumbesaran yang optimum dengan lebih cepat berbanding PKC. Selain itu, haiwan ternakan menjadi aktif dan cergas serta mempunyai kepadatan daging yang tinggi. Hasil pencerapan menunjukkan kadar kelahiran telah meningkat dan kadar kematian kelahiran di dapati menurun. Haiwan ternakan juga mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi. PKM juga adalah merupakan satu-satunya produk makanan ternakan yang mendapat pengesahan status HALAL dari JAKIM.

Anda boleh lawati link berikut untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai PKM ni:-
http://www.mediafire.com/?djhtzymh9xu

Jika berminat untuk menempah PKM tersebut, anda semua boleh berhubung terus dengan saya Saiful 012-2846292. Segala urusan sehingga penghantaran akan dibuat oleh pihak kami. Harga PKM bersamaan dengan RM23 untuk 1 beg (35kg) tidak termasuk penghantaran. Kos penghantaran akan dicaj berasingan mengikut jarak dan tempat.

Saturday, April 19, 2008

Gambar terbaru dari ladang..

Hari ni lambat pulak pegi ke kandang. Yang ada dari pagi tu, partner je. Puas dia menarik pelepah-pelepah sawit nk bg makan dek lembu-lembu tu. Stok dedak PKE tinggal 2 beg je lagi. Dedak PKM baru lak, ada masalah penghantaran. Janjinya pagi tadi supplier hantar tapi masalah lak kt lori diorg tu. Rosak lak dah. Dua-dua lori lak tu yg rosak. So terpaksa le kena buat catuan makanan skit kat lembu tu.

Alhamdulillah, lewat petang tadi dapat gak supplier tu hantar dedak PKM tu dihantar ke ladang. Tu pun pas saya dah dalam perjalanan balik dari ladang, supplier call nak bagitau dedak dalam perjalanan. Nasib baik partner tu ada lagi kat ladang. Kalo tak susah le skit nak sampai dedak tu. Banyak gak la dedak tu. Buat stok tuk sebulan. Pasni dah tak bagi makan benda lain lagi dah. Bagi 100% PKM atau pun campur skit dengan rumput atau pelepah sawit yang dihancurkan. Nak bagi lembu-lembu tu cepat membesar. Kesan dedak tu dah terbukti masa cuba dengan 2 beg haritu. Bila bagi makan dengan PKE, nampak perubahan lembu tu makin menyusut balik. So pasni harap-harap lembu tu semua cepat membesar dang senang kalo orang nak beli. Lembu gemuk baru la orang berani beli. Kalo kurus sape tengok pun tak minat.
Seperti yang saya cakapkan, saya akan upload gambar kawasan ladang fidlot lembu kami ni. Ladang yang tak seberapa tapi cukuplah rasanya bagi orang baru cam kami ni. Kang buat cantik-cantik sangat pun takut habis duit je. Baik duit tu cari makanan berkualiti untuk lembu-lembu tu. Kat bawah saya letakkan gambar-gambar tu.

Signboard ladang kami ditepi jalan Dengkil-Banting

Jalan masuk ke kandang. Agak sempit tapi setakat tu je la yg mampu dibuat permulaan ni. Berat maksimum muatan bleh masuk ialah 3 tan.

Suasana kandang petang tadi. Semua lembu sedang seronok menikmati makanan yang lazat sementara menunggu makanan yang lebih lazat lagi tiba.

Dan dibawah ni lak saya letakkan gambar-gambar lembu yang ada kat ladang kami. Lembu takde la besar mana sangat pun tapi dalam proses membesar le tu.


Ni je la dulu update gambar lembu-lembu kami yang ada kat kandang sekarang ni. Insyaallah from time to time kami akan update gambar-gamabr terbaru lembu kami untuk tatapan anda semua. Jika ada yang berminat untuk datang melihat sendiri lembu-lembu kami dikandang, dengan segala hormatnya dipersilakan. Telefon kami dahulu untuk buat temujanji sebab hari biasa kami tak ada dikandang.

Insyaallah kemudian hari kami akan letakkan pulak gambar terbaru untuk menunjukkan bagaimana kesan PKM kepada lembu. Pasti makin gemuk dan bertambah sihat.

Sekian..

Wednesday, April 16, 2008

Permulaan bidang ternakan lembu fidlot

Alhamdulillah, akhirnya kandang lembu yang ditunggu-tunggu telah pun siap. Setelah berbulan mengharungi pelbagai rintangan dan halangan, akhirnya kandang tersebut gah juga berdiri diatas tapak projek yang telah ditetapkan.

Kandang tu takde la besar mana sangat pun. Kalau ikutkan saiznya, boleh la menampung maksimum 50 ekor lembu pada satu-satu masa. Maklum la, ni baru je permulaan. Mungkin masa depan, boleh dibesarkan lagi untuk menambahkan lagi kuantiti lembu yang diternak. Buat permulaan ni, pihak kami hanya menternak lembu-lembu jantan dari baka brahman dan brahman cross sebanyak 20 ekor. Agak sikit kalau nak dibandingkan dengan penternak-penternak lain yang menternak hampir beratus-ratus ekor. Tapi bagi penternak baru seperti kami, 20 ekor pun sudah cukup bagi kami untuk menimba pengalaman baru serta belajar tentang selok-belok ternakan lembu ni. Bukan senang bagi orang baru macam kami ni untuk menjaga lembu-lembu tersebut memandangkan kami pun bukan la penternak lembu sepenuh masa.

Dah kat dua bulan kami beli lembu-lembu tu. Tapi lebih kurang dekat sebulan jugak lembu-lembu tu berada kat kandang kawan berhampiran dengan tapak kandang kami. Ni disebabkan pembinaan kandang kami yang agak lembab dan banyak benda yang kena ubah. Ni semua sebab si tukang yang taknak ikut cakap. Yang dia tau, dia sorang je yang pandai. Tu yang geram tul tu.

Ni la lembu-lembu kami yang kepenatan selepas mengharungi perjalanan beratus-ratus kilometer semasa berada dikandang kawan:



Latihan penjagaan dan pengurusan lembu dikandang kawan berdekatan:

Tapi apapun, sekarang dah sebulan lembu-lembu tu melepak kat kandang kami. Susah gak ler buat pertama kali menjaga lembu ni. Macam-macam yang tak kena. Kesian je tengok lembu-lembu tu. Kurus je. Nak kata tak makan, kuat gak makannya tapi badan takde nampak perubahan pun. Insyaallah selepas dah sebulan menimba pengalaman sendiri ni, sekaran selepas sebulan, lembu-lembu tu pun dah menampakkan kenaikan berat badan yang agak baik. Ditambah pula dengan nasihat-nasihat yang diberikan oleh para otai-otai lembu, lembu kami semakin hari semakin sihat.

Sekian dulu bagi waktu ni. Insyaallah akan diletakkan pula gambar terbaru lembu kami tu. Hingga ke lain waktu. Salam hormat dari kami.